Liridon sertai Harimau Selatan?

Dulu Kedah, kemudian Melaka, sekarang Johor?

Adakah Liridon Krasniqi bakal menyarung jersi Johor Darul Ta’azim pada musim hadapan?

Bekas pemain Kedah dan Melaka United itu dilihat menyertai latihan bersama juara Liga Super 2019 itu dalam satu video yang dimuat naik di laman media sosial rasmi pasukan JDT, semalam.

Dalam video yang berdurasi selama 1:14 minit itu, pemain tengah berusia 27 tahun itu dilihat bersalaman dengan pemain-pemain JDT di bilik persalinan dan kemudian menyertai sesi latihan sebelum bertemu pemilik JDT, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Liridon adalah antara pemain yang sebelum ini disebut bakal menjadi pemain naturalisasi untuk Harimau Malaya. Dia sebelum ini beraksi selama lima musim bersama Kedah di mana dia berjaya membantu Kedah memenangi Liga Premier, Piala FA dan Piala Malaysia. Selepas itu, pemain yang berasal daripada Kosovo itu menyertai Melaka United pada musim ini.

Jika benar Liridon akan menyertai JDT, pastinya ini akan lebih membuatkan Harimau Selatan lebih b3rb4haya. Dengan pemain-pemain sedia ada seperti Safawi Rasid, Diogo, Gonzalo Cabrera dan Syafiq Ahmad pun mereka sudah cukup b3rb!sa, apatah lagi jika mereka menambah Liridon di bahagian tengah. Buat masa ini, kita hanya boleh menunggu pengumuman rasmi daripada Harimau Selatan sendiri mengenai adakah benar Liridon sudah menyertai mereka.