Liridon gesa De Paula tutup mulut pengkritik

TONGGAK naturalisasi kedua negara, Liridon Krasniqi mahu peny3rang skuad Harimau Malaya, Guilherme de Paula tampil lebih ‘mel3tup’ di kempen Piala AFF bagi menutup mulut pengkritik di luar sana.

Menerusi perkongsian di laman Story Instagram Liridon, pemain tengah yang kini beraksi secara pinjaman bersama Odisha FC di Liga India dilihat sentiasa mengikuti rapat perkembangan pasukan negara di Singapura.

Terbaharu, tindakan De Paula yang membaling botol selepas dikeluarkan pada separuh masa kedua ketika menentang Kemboja Isnin lalu dikatakan seolah tidak berpuas hati dengan keputusan Tan Cheng Hoe yang mengeluarkannya.

Bagaimanapun, pemain Johor Darul Ta’zim (JDT) itu tampil menjelaskan di laman sosial bahawa tindakannya itu bukan disebabkan oleh Cheng Hoe atau penyokong negara, tetapi ia berpunca daripada rasa kekesalan dirinya yang tidak dapat menyumbangkan gol buat pasukan.

Lantas, penjelasan De Paula itu kemudian disambut Liridon yang mahu peny3rang kelahiran Brazil itu bangkit semula.”@g.depaula13 saya adalah peminat utama #buktikan mereka silap,” tulis Liridon.

Skuad negara mempunyai tiga pemain naturalisasi namun pada kempen kali ini hanya De Paula yang juga tonggak naturalisasi ketiga dibawa oleh Cheng Hoe.

Manakala dua lagi termasuk pemain naturalisasi pertama negara, Mohamadou Sumareh serta Liridon sendiri diketepikan ekoran masalah kec3d3raan dan kecergasan yang menghantui kedua-dua pemain itu.

sumber : arena metro

Kali terakhir ketiga-tiga mereka bergabung memperkuatkan skuad Harimau Malaya ketika Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 di Emiriah Arab Bersatu (UAE) pada Jun lalu.