Lima Pemain Thailand Yang Boleh Beraksi Di Liga Malaysia

Baru-baru ini, sebuah laman di media sosial Twitter, All Things Thai Football mendedahkan terdapat pasukan Liga Malaysia yang mahu mendapatkan khidmat pemain skuad kebangsaan Thailand.

Di sini, kami senaraikan lima pemain Thailand yang dilihat boleh beraksi di Liga Malaysia sekaligus menambah kualiti liga bola sepak tempatan.

1. Supachai Jaided

Supachai merupakan antara pemain muda yang sedang meningkat naik di Thailand. Beliau boleh beraksi sebagai pemain sayap dan juga peny3rang.

2. Thitipan Puangchan

Thitipan kembali ke pangkuan BG Pathum United setelah menghabiskan musim 2019 di saingan J. League bersama Oita Trinita secara pinjaman.

Pengalaman yang dimiliki oleh Thitipan dilihat mampu untuk membantu meningkatkan kualiti pasukan.

3. Ekanit Panya

Ekanit menjadi watak penting bagi Chiangrai United ketika mereka memenangi saingan Thai League 1 musim 2019 lalu. Pemain berusia 20 tahun ini juga sudah mula beraksi bersama skuad senior Thailand.

4. Adisorn Promrak

Adisorn merupakan antara pemain pertahanan terbaik Thailand dan beliau pernah memenangi beberapa kejuaraan bersama skuad Gajah Perang dan juga Muangthong United.

Adisorn memenangi dua kejuaraan Piala AFF Suzuki (2012 dan 2014) selain pernah membantu Muangthong memenangi Thai League 1 pada musim 2016 lalu.

5. Elias Dolah

Elias Dolah merupakan pemain pertahanan tinggi lampai dan beliau beraksi bersama Port FC musim ini. Dolah mula beraksi bersama skuad kebangsaan Thailand apabila Akira Nishino dilantik sebagai ketua jurulatih pasukan.