lepaskan Luqman Hakim

Selangor mengumumkan bahawa mereka bersetuju untuk melepaskan Luqman Hakim Shamsudin, bagi membolehkan pemain berusia 18 tahun itu berhijrah ke Eropah.

Keputusan itu dibuat selepas pasukan Liga Super itu mencapai persetujuan telah dicapai dengan kelab Belgium K.V. Kortrijk.

“Luqman akan terbang ke Belgium untuk bersama dengan kelab tersebut selepas segala dokumentasi telah diproses dan diluluskan,” katanya dalam kenyataan.

“FAS percaya pendedahan di luar Malaysia adalah apa yang diperlukan Luqman ketika ini untuk maju ke peringkat seterusnya dalam karier profesionalnya.

Pada masa sama, Selangor berharap Luqman dapat mengambil peluang sepenuhnya untuk menimba pengalaman di luar negara dan akan menjadi ikutan lebih ramai pemain muda ke Eropah.

“Kami di FA Selangor ingin mengucapkan selamat berjaya kepada Luqman.

“Kami amat berharap agar langkah ini bukan sahaja memberi manfaat kepadanya sebagai individu, tetapi juga dalam jangka panjang, membantu industri bola sepak tempatan untuk lebih maju.

“Kami juga berharap langkah ini akan membuka lebih banyak peluang untuk pemain muda tempatan mengembangkan karier di luar negara.”