Lee Tuck mendapat khabar gembira

Apabila Lee Tuck mendapat khabar bahawa Faiz Nasir akan kembali ke Terengganu selepas setahun, pemain England itu cukup t3ruja.

Manakan tidak, kedua-dua pemain tersebut cukup serasi apabila beraksi bersama di jent3ra tengah Terengganu sepanjang musim 2018 sehingga muncul naib juara Piala Malaysia.

“Saya gembira kita dapat Messi balik. Kami berdua selalu bekerjasama dengan baik apabila bermain bersama-sama,” katanya kepada The Star.

“Beliau sememangnya aset kepada Terengganu kerana memiliki cara pemikiran yang hebat.

“Sangat gembira dan tidak sabar untuk beraksi bersama beliau.

Walaupun masih awal, Tuck menganggap pra-musim di Terengganu berjalan dengan begitu baik terutamanya dengan kehadiran muka baharu.

“Pra-musim berjalan lancar setakat ini. Semua pemain sedang bersemangat dan tervja dengan musim baharu. Banyak pemain muda dan muka-muka baharu. Semua orang gembira tetapi mereka tetap bekerja k3ras.

“Kita pun ada jurulatih baharu. Mereka semua membawa cara tersendiri untuk membantu pasukan ke arah tahap yang lebih tinggi.

Selain Tuck dan Sanjar Shaakhmedov, Terengganu dikuatkan dengan pemain import baharu iaitu Faris Ramli, Dominique Da Sylva dan Boubacar Diallo.

Namun bagi Tuck, apa yang paling penting pemain sedia ada dan pemain baharu dapat bekerjasama dengan baik bagi menghadapi musim baharu.

“Import baharu juga tidak kurang hebat apabila melihatkan mereka sudi belajar dan berkomunikasi, ini yang kita perlukan ketika pra-musim.

“Untuk mencapai kejayaan, kita perlu konsisten. Saya percaya gabungan pemain muda dan berpengalaman akan berkesan untuk Terengganu.”