Langkah Kanan

KV Kortrijk akhirnya meraih kemenangan dalam saingan Jupiler Pro League musim 2020/2021 apabila menew@skan K.A.A Gent dengan keputusan 2-1.

Setelah tew@s kepasa Waasland-Beveeen pada perlawnan pembukaan minggu lalu, Kortrijk sedar mereka perlu bangkit bagi meringankan sedikit beban yang ditanggubg pasukan.

Pada perlawnan yang berlangsung di Ghelamco Arena semalam, Kortrijk terlebih dahulu membuka tirai jaringan menerusi penyrang utama mereka iaitu Terem Moffi pada minit ke-22.

Ihor Plastun kemudiannya menyamakan kedudukan bagi Gent pada minit ke-59 namun ketua pasukan KVK, Hannes Van der Bruggen menjaringkan gol kemenangan pada minit ke-83 sekaligus memberi tiga mata kepada Kortrijk.

Pada perlawnan Jupiler Pro League yang seterusnya, KV Kortrijk akan berdepan Eupen di laman sendiri