Lang Merah Ceria Berlatih ‘Live’ [VIDEO]

LATIHAN menggunakan aplikasi teknologi secara langsung atau ‘live’ kendalian jurulatih kecergasan skuad Kedah, Azmi Ibrahim tetap meriah meskipun semua pemain tidak berdepan secara biasa sepanjang tempoh Perintah Kawalan Keselamatan (PKP) bagi mengawal wabak Covid-19 sejak lebih sebulan lalu.

Semua pemain Lang Merah dilihat tetap ceria dan bersemangat secara harmoni dalam menjalankan latihan menerusi klip video berdurasi sembilan minit yang dimuatnaik dan dipaparkan Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) dalam laman rasmi FA Kedah semalam.

Menurut pengurus pasukan, Al-Naliq Hasmi Abu Hassan, latihan selama satu jam setiap sesi yang diadakan secara ‘live’ dalam talian itu berjaya melahirkan suasana ceria dan bersemangat dalam kalangan semua pemain, jurulatih dan juga staf pasukan.

“Ilham mengadakan latihan secara langsung ini bermula selepas ketua jurulatih, Aidil Sharin Sahak berbincang bersama barisan kejurulatihanny , dan sebaik sahaja memaklumkan latihan berkenaan, semua pemain memberi reaksi dan sambutan yang baik.”

Training 2 KFA PKP 2020

Sentiasa berhubung #westaytogether semasa tempoh Perintah Kawalan pergerakan. Latihan kecergasan selama sejam dikendalikan oleh Azmi Ibrahim sepanjang tempoh PKP, teknologi menyatukan semua. Aksi siapa yang anda nantikan?

Posted by FA Kedah on Monday, 20 April 2020

“Termasuk hari ini merupakan kali ketiga kami aktif secara ‘live’ bersama dan ini menceriakan suasana latihan walaupun semua pemain kini berada di rumah masing-masing sepanjang tempoh PKP ini.

“Semua pemain nampaknya begitu bermotivasi dan boleh dikatakan semua rindu untuk kembali berlatih bersama’ setelah berlatih bersendirian sejak lebih sebulan,” katanya.