Lain Macam JDT

Lain macam. Itulah ungkapan singkat yang boleh diluahkan selepas juara Liga Super enam kali berturut-turut, dan juara Piala Malaysia pada musim lalu menewaskan skuad kebangsaan Turkmenistan 2-1.

Perlawanan menentang skuad kebangsaan Turkmenistan adalah perlawanan ketiga yang dihadapi oleh skuad Harimau Selatan sepanjang pra musim di Dubai.

Dalam dua perlawanan sebelumnya, skuad JDT tewas 2-0 kepada kelab Latvia Rifa FC ewas 2-0 sebelum skuad kendalian Benjamin Mora kemudiannya menewaskan kelab UAE, Dibra Al Hujairah dengan jaringan 1-0.

Turkmenistan bukanlah boleh dianggap lawan calang-calang berdasarkan prestasi terkini pasukan tersebut.

Berada di dalam kumpulan yang sama seperti Korea Selatan dan Korea Utara di pusingan kedua Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023, Turkmenistan kini adalah pendahulu Kumpulan H.

FRIENDLY IN DUBAI | 26 JANUARY 2020

Full Time

TURKMENISTAN NATIONAL TEAM [1-2] JDT
(Metdayev Akmammet 53′)
(Safawi Rasid 39′(pen) / Diogo Luís Santo 61′(pen)

Berada di kedudukan ke-129 dunia FIFA, skuad kebangsaan Turkmenistan pastinya menjanjikan ujian sebenar buat JDT.

Dalam perlawanan yang diadakan di Stadium Ali Coe itu, JDT berada di hadapan apabila mendahului melalui sepakan penalti pemenang anugeraj MVP 2019, Safawi Rasid pada minit ke-39 perlawanan.

Turkmenistan kemudiannya bangkit untuk menyamakan kedudukan melalui jaringan Metdayev Akmammet, lapan minit selepas saingan babak kedua bersambung.

Namun kedudukan tidak kekal lama apabila JDT sekali lagi memperolehi sepakan penalti untuk disempurnakan oleh peny3rang import, Diogo Luis Santo.

Kedudukan kekal sehingga ke wisel penamat untuk JDT menewaskan Turkmenistan 2-1.

Dua lagi lawan JDT di Dubai selepas ini adalah MSK Zilina (Slovakia), dan Emirates FC (UAE). Kedua-dua perlawanan akan diadakan pada 29 dan 30 Januari ini.