Lagi Cepat Lagi Baik

Pengerusi Jawatankuasa Program Naturalisasi Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Mohd Yusoff Mahadi mendedahkan pihaknya kini dalam proses untuk menghantar dokumen rasmi pemain warisan kelahiran Republik Congo, Marcel Kalonda kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Jabatan Imigresen.

Katanya dalam Arena Metro, semua dokumen yang menunjukkan bukti pemain itu mempunyai dar@h keturunan Malaysia sedang diteliti sebelum dihantar kepada KDN untuk tindakan lanjut.

Bahagian undang-undang FAM ketika ini meneliti semua dokumen yang sudah diserahkan Kalonda kepada FAM. Semua dokumen berkaitan sejarah latar belakangnya dan hubungan dengan Malaysia kita dah terima. Selesai proses penelitian baru kita akan hantar kepada KDN dan Imigresen.

Memang kita harap kalau boleh proses kelulusan daripada pihak kerajaan itu dapat dipercepatkan bagi membolehkan kita menyenaraikan namanya secepat mungkin.

“Tapi dia tetap kena melalui ujian pemilihan dan kalau jurulatih setuju, mungkin dia boleh bermain sebelum hujung tahun ini. Kalau lagi awal, lagi baik,” katanya.

Jika Kalonda mendapat lampu hijau daripada kerajaan dan Persekutuan Bola Sepak Dunia (FIFA), beliau berpeluang ber@ksi bersama skuad Harim@u Malaya dalam kempen Kelayakan Piala Dunia 2022 dan Piala AFF pada tahun ini.

Malaysia dijadualkan men3ntang UAE pada 8 Oktober 2020 sebelum pulang ke tanah air berent@p dengan Vietnam pada 13 Oktober 2020. Pada 17 November 2020, Harim@u Malaya akan men3ntang Thailand di Bangkok.

Pengendali skuad Harim@u Malaya, Tan Cheng Hoe sebelum ini mengakui terpikat dengan aksi Kalonda ketika menonton di laman YouTube.

Kalonda yang bermain untuk ZESCO United dalam saingan Liga Juara-Juara Afrika, memiliki ketinggian 1.88 cm mempunyai keupayaan untuk mengukuhkan benteng pertahanan berdepan law@n yang lebih ku@t.

Saya ada tengok waktu dia main perlawnan Liga Juara-Juara Afrika di mana dari sudut ketinggian dan fizik@l memang nampak dia ada potensi besar.

“Lagipun, dia juga adalah satu opsyen buat pasukan kerana kita tahu kita pun kekurangan pertahanan yang berkaliber dan potensi. Malah, dengan umurnya baru 22, saya lihat ia juga baik untuk masa depan dan pembangunan pasukan kita,” katanya.