Lagi Anak Malaysia Disambar

Kelab divisyen kedua Belanda, FC Den Bosch mengumumkan bahawa Declan Lambert mendatangani kontrak baharu selama dua tahun.

Menurut kenyataan rasmi, Declan merupakan pemain pertahanan kiri berusia 21 tahun yang lahir di Kuala Lumpur, Malaysia, mempunyai pasport UK dan Australia.

Beliau menyertai Den Bosch bersama adiknya Ryan Lambert pada 2018 selepas beraksi dengan sebuah lagi kelab Belanda, Achilles’29.

Pengarah teknikal Den Bosh, Jan Gösgens berkata Declan mempunyai potensi yang tinggi dan masa depan yang cerah dalam dunia bolasepak.

“Beberapa tahun lepas, Declan tinggalkan negaranya bersama adiknya untuk mencari peluang dalam bolasepak profesional. Declan berusaha bersungguh-sungguh untuk mengembangkan bakatnya dan mempunyai peluang untuk menunjukkan keupayaan dalam kesebelasan utama pada musim depan.”

Harian Metro melaporkan Declan dan Ryan lahir di Kuala Lumpur dengan ibunya merupakan rakyat Malaysia manakala bapanya pula berasal dari England.

sumber: football

Tetapi kedua-dua adik beradik itu berpindah ke Thailand dan menetap di sana selama enam bulan sebelum berpindah ke Melbourne, Australia.

Memandangkan ibu kedua-dua adik beradik Lambert merupakan warganegara Malaysia, mereka layak dipanggil sebagai pemain warisan negara.