Kpah Sherman Tidak Dapat Beraksi?

Pengendali Kedah, Aidil Sharin Sahak ketika dihubungi Semuanya BOLA memaklumkan yang mereka mungkin bakal kehilangan seorang lagi pemain untuk aksi play-off bertemu FC Seoul pada Selasa.

Sehingga dalam sesi latihan rasmi di padang latihan semalam, kehilangan kelibat seorang lagi pemain pastinya jelas dapat dilihat dan telah menimbulkan persoalan di kalangan para penyokong Kedah.

Dalam aksi kelayakan Liga Juara-Juara Asia (ACL) 2020 menentang Tai Po FC tempohari, Kedah terpaksa melupakan khidmat pertahanan kental, Shakir Hamzah apabila terpaksa melalui penggantungan.

Dengan hanya empat pemain import sahaja dibenarkan untuk didaftarkan, Aidil Sharin telah memilih untuk meninggalkan Shakir Hamzah yang menurutnya masih perlu melalui tempoh penggantungan lagi.

Selain bek kiri, Azmeer Yusof yang masih dalam proses pemulihan, kini Kedah mungkin bakal turun tanpa peny3rang baharu, Kpah Sherman yang dimaklumkan mengalami masalah visa tempohari.

“[Kpah] Sherman kemungkinan tidak dapat beraksi kerana ada masalah dengan visanya dan Shakir [Hamzah] masih digantung untuk empat perlawanan,” jelas Aidil Sharin situasi skuadnya.

Begitupun, terdapat maklumat tidak rasmi, Kpah Sherman telah berangkat ke Seoul malam tadi selepas masalah visanya telah selesai, memungkinkan untuk beliau kembali untuk disenaraikan.

“Setakat ini, segalanya tampak baik dan mood pemain di kem pasukan juga amat bagus. Kita tetap perlu laluinya [perlawanan] dengan mana-mana pemain yang kita ada ketika ini,” tambahnya lagi.

Di tangan Aidil Sharin ketika ini hanya terdapat bekas peny3rang skuad kebangsaan, Zaquan Adha yang sudah tentu boleh mengambil alih posisi tersebut sekiranya diperlukan oleh pasukan.

Dan sekiranya Zaquan Adha beralih ke posisi peny3rang utama, bahagian sayap Kedah kemungkinan akan diisi sama ada oleh Azamuddin Akil ataupun kapten Helang Merah, Baddrol Bakhtiar.

Kini, percaturan pemain dilihat amat penting buat Aidil Sharin dengan pertimbangan tidak mahu mengganggu keseluruhan rentak pasukan yang telah mempamerkan aksi terbaik minggu lalu.

sumber: semuanyabola

Kedah berjaya menundukkan Tai Po FC di Stadium Darul Aman hasil hatrik Kipre Tchetche dan dua gol pemain sayap, Hadin Azman melengkapkan kemenangan 5-1 mereka ke atas lawan.

Kedah akan turun menentang FC Seoul di Stadium Piala Dunia Seoul dengan pemenang perlawanan tersebut bakal layak ke peringkat kumpulan ACL 2020 yang dijangka bermula pada Mac depan.