Kpah Sherman Memberi Amaran

Striker import Kedah kelahiran Liberia, Kpah Sherman meletakkan sasaran peribadi apabila memburu led4kan 20 jaringan pada musim 2020 yang bakal bermula pada 28 Februari depan.

Peny3rang berusia 27 tahun yang merupakan penjaring terbanyak Liga Super 2019 itu jelas optimis dengan sokongan yang bakal diberikan rakan sepasukannya, beliau mampu untuk mencapai sasaran tersebut.

”Saya menjaringkan 18 gol dalam semua pertandingan untuk PKNS FC pada musim lalu [2019] dan ia masih kekurangan dua jaringan berbanding sasaran saya.”

”Saya sentiasa berusaha untuk meningkatkan prestasi dan sasaran saya musim ini adalah untuk menjaringkan 20 gol. Dengan kualiti yang saya dan rakan sepasukan disini miliki, saya yakin mampu untuk mencapai sasaran tersebut,” ujar Kpah Sherman bercakap kepada The Star Online.

”Ia merupakan tugas seorang peny3rang untuk menjaringkan gol tetapi matlamat utama saya adalah untuk membantu pasukan [Kedah] memenangi perlawanan. Saya akan turut berasa gembira sekiranya saya dapat mencipta peluang buat rakan sepasukan menjaringkan gol.”

”Kami telah menjalani latihan selama dua minggu dan saya boleh lihat semua begitu bekerja keras. Pemain senior Kedah juga sangat mengalu-alukan kehadiran [pemain baharu] dan saya dapat katakan semua pemain semakin baik.”

Cabaran besar Kelayakan Liga Juara-Juara Asia 2020 yang bakal dihadapi Januari ini menyaksikan Kedah menjadi antara yang terawal mengorak langkah mempersiapkan pasukan.

Selain Kpah Sherman, Kedah turut membawa masuk pel3dak berbisa di Liga Super iaitu Tchetche Kipre dari Terengganu serta kapten Felda United, Hadin Azman. Pemain Filipina kelahiran Sweden, Amin Nazari pula akan memperkuatkan jentera tengah pasukan tersebut.

Kedah terlebih dahulu akan menghadapi cabaran wakil Hong Kong, Tai Po FC manakala Seoul FC pula menanti di Korea Selatan [28 Januari] sekiranya skuad bimbingan Aidil Sharin Sahak itu berjaya melepasi ranjau pertama di Alor Setar pada 21 Januari nanti.