Dua Pemain Kedah Tiada Dalam Senarai

Saingan Liga Malaysia musim 2020 akan membuka tirai pada Jumaat ini dimana juara Liga Super 2019, Johor Darul Ta’zim (JDT) akan bertemu juara Piala FA, Kedah di Stadium Sultan Ibrahim bagi merebut trofi Piala Sumbangsih.

Bagi peminat bola sepak Kedah, peny3rang sandaran mereka ternyata tiada dalam senarai pemain import tumpuan bagi musim 2020. Biarpun peny3rang skuad Helang Merah itu bergandingan namun ianya masih gagal mendapat sambutan menarik penganalisis bola sepak Malaysia.

Keesokan harinya, tirai Liga Super akan bermula dan di sini, kami bawakan kepada anda enam pemain import yang akan menjadi tumpuan sepanjang saingan musim 2020 berlangsung.

1. Khalil Khamis

Khalil mengisi kuota import Asia dan beliau merupakan pemenang Piala AFC 2019 bersama Al Ahed FC. Ramai pihak ternant-nanti gandingan beliau dengan pertahanan tinggi lampai skuad Tok Gajah, Herold Goulon.

2. Diogo Luis Santo

Diogo membantu Johor Darul Ta’zim (JDT) mempertahankan mahkota Liga Super yang dimenangi sekaligus menjadi juara enam kali berturut-turut. Menjaringkan 12 gol musim lalu, bekas pemain Buriram United itu menjadi antara calon untuk memenangi Anugerah Kasut Emas musim ini.

3. Romel Morales

Romel menyertai Melaka United setelah beraksi cemerlang selama dua musim bersama PKNS FC. Beliau merupakan pemain tengah yang underrated dan musim 2020 menjadi medan untuk beliau menonjolkan lagi kualiti yang dimiliki. Romel juga merupakan salah seorang pemain yang dicanang sebagai pemain naturalisasi negara yang seterusnya.

4. Antony Golec

Golec menggantikan Hussein El-Dor yang kontraknya tidak disambung oleh PAFA. Meskipun baru menyertai pasukan, namun bekas pemain skuad B-23 Tahun Australia ini tampil dengan cemerlang dimana beliau membantu Perak memenangi Unity Cup dengan menewaskan pasukan Kedah baru-baru ini.

5. Ifedayo Olesegun

Ifedayo menyertai Selangor pada jendela perpindahan kedua musim lalu dan beliau terus menampilkan persembahan cemerlang dengan menjaringkan 12 gol dalam saingan Liga Super. Seperti Diogo, Ifedayo menjadi antara calon untuk memenangi Anugerah Kasut Emas.

Kali terakhir pemain Selangor memenangi gelaran tersebut ialah Rufino Segovia dimana pemain tersebut menjaringkan 19 gol pada musim 2018 lalu.

6. Lee Tuck

Ketua pasukan Terengganu ini sekali lagi menjadi nadi utama bagi skuad kendalian Nafuzi Zain itu cuba untuk menjadi antara pasukan pencabar dalam saingan Liga Super musim ini. Musim lalu, Terengganu menamatkan saingan di tangga ketujuh.

Sumber : vocketfc