Komen Liridon Jelas Mengejutkan

Pasukan JDT merupakan Sebuah pasukan yang memang tidak asing lagi dalam Liga Malaysia, Dengan Mempunyai ramai Pemain Bertaraf bintang dan memenangi pelbagai Kejayaan di Peringkat dalam Negara mahupun Antarabangsa Sekaligus Menaikkan Nama Malaysia Di persada Antarabangsa.

Dengan Mempunyai Ramai Pemain Bintang , Pelbagai Kerenah Pemain dapat dilihat terutama dalam media sosial. Namun Didikan TMJ yang sentiasa Bergurau senda dan Sangat mesra dengan pemain – Pemain JDT dilihat berjaya membawa satu Kemesraan istimewa dalam kalangan pemain JDT Sendiri.

Sekali Lagi Kemesraan itu dapat dilihat di antara dua pemain Johor Darul Ta’zim (JDT), Safawi Rasid dan Liridon Krasniqi yang jelas menarik perhatian peminat bola sepak tanah air.

Walaupun Komen tersebut dapat dilihat agak kasar namun ianya sebenarnya sesuatu yang agak melucukan dan Ia dapat disaksikan menerusi hantaran terbaharu Safawi pada akaun Instagram miliknya yang memaparkan pemain itu sedang bergambar di dalam kereta sambil memakai topi dan kaca mata hitam.

Dengan kapsyen emoji tanda betul, komen yang ditinggalkan Liridon jelas meng3jutkan, namun ia mampu membuatkan penyokong ketawa.

Pemain tengah itu bergurau apabila memberi peringatan kepada Safawi supaya mengutamakan kes3lamatan dengan memakai tali pinggang keledar.

Tolong pakai tali pingang b0doh, kata Liridon atau Mat Don yang turut meletakkan emoji senyum lebar. Sebenarnya komen tersebut nampak berbunyi kasar bagaimanapun ia sebenarnya membawa satu gurauan yang amat melucukan.

Komen Liridon itu mendapat banyak sambutan daripada pelayar Internet dengan ada antaranya yang meng3jek pemain itu atas kesalahan ejaan pinggang.

Syamil Raihan berkata komen terbabit mungkin nampak kasar kerana Liridon menggunakan aplikasi Google Translate untuk menterjemah ayat terbabit kepada bahasa Melayu.

sumber : BH

Myrul Laiee pula bertanya kepada Liridon kerana mahu tahu siapa yang mengajar pemain itu mengeluarkan komen sedemikian.