KL City bertambah yakin setelah berjaya menewaskan Kedah tempoh hari

Kuala Lumpur: Sentuhan jurulatih berpengalaman, Bojan Hodak di Liga Malaysia (Liga M) masih menjadi selepas berjaya membawa Kuala Lumpur (KL) City FC melalui musim yang cemerlang di Liga Super.

Selain pencapaian terbaik buat KL City sepanjang bersaing di Liga Super, pengendali dari Croatia itu turut membantu KL City menjadi satu-satunya pasukan yang tidak tewas di laman sendiri sepanjang musim ini.

Beliau mengharapkan ini bakal menjadi detik awal kepada KL City pada masa depan yang lebih cerah apabila sedia meletakkan sasaran lebih baik selepas ini dalam saingan Liga Malaysia.

Dalam masa sama, Bojan yang pernah menjulang Piala Malaysia bersama Kelantan selaku jurulatih pada musim 2012, sudah mula memasang impian untuk membawa KL City melangkah jauh dalam kejohanan itu pada musim ini.

“Banyak pihak menghubungi saya termasuk wartawan dengan mengatakan ini sejarah terbaik pasukan di liga sejak lebih 30 tahun lalu dan sememangnya saya serta semua berada di sini begitu gembira.

“Apa yang terjadi membuktikan kelab semakin berada di dalam tahap terbaik dan saya anggap ini langkah permulaan kepada masa depan KL City.

“Kami juga belum pernah tewas dalam 11 perlawanan terakhir di liga, satu petanda yang begitu baik bagi kami hadapi Piala Malaysia yang selalunya terbuka kepada mana-mana pasukan untuk memenanginya.

“Kami bernasib baik kerana tidak ada mana-mana pemain yang alami kec3dera@n jangka panjang kecuali p3nyer@ng (Kyrian Nwabueze) dan Hadin Azman yang alami kecederaan di bahagian meniscus.

“Saya yakin jika kita punyai semua pemain, kami boleh menentang sesiapa sahaja di saingan Piala Malaysia dan sememangnya saya percaya dengan kemampuan pemain-pemain,” katanya.

KL City yang menduduki tangga keenam Liga Super, meraih tujuh kemenangan dan empat keputusan seri sepanjang 11 perlawanan di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, musim ini.

Mereka berjaya mengejutkan beberapa pasukan pilihan seperti Kedah Darul Aman FC (2-1) dan Terengganu FC (1-0) selain mengikat juara Liga Super, Johor Darul Ta’zim (1-1).

Menjelang pertemuan dengan JDT di Stadium Sultan Ibrahim, Ahad ini, Bojan dijangka akan menurunkan beberapa muka baharu yang berada di bangku simpanan.

sumber:HM

Menurutnya, perancangan itu dibuat berikutan sebarang keputusan di Johor sudah tidak banyak memberikan perubahan kepada kedudukan liga selain berikan tumpuan kepada saingan Piala Malaysia.