kita tidak perlu berg@ntung sepenuhnya kepada pemain import

IPOH: Skuad The Bos Gaurus (TBG) dijangka mengambil pemain import baharu untuk memantapkan pasukan itu bagi menghadapi saingan Liga Malaysia (Liga M) musim depan.

Presiden Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA), Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu, berkata pada masa sama dua pemain import sedia ada akan dikekalkan.

“Saya secara peribadi percaya kita sudah cukup (pemain import) tetapi mungkin jurulatih merasakan perlu ada penambahan pemain untuk sesetengah posisi.

“Kita masih ada lagi pemain import (untuk beraksi musim hadapan), yang pasti salah seorang daripada dua pemain import yang akan dikekalkan ialah Leandro Dos Santos,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan program Majlis Berkhatan Beramai-ramai anjuran Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Chepor di Dewan Orang Ramai Kampung Sri Klebang di sini hari ini.

Musim lalu, Perak menggunakan empat pemain import iaitu Leandro, Hussein El Dor, Ronaldo Henrique Silva (Ronaldo) dan Raianderson Da Costa Morais (Careca).

Difahamkan, selain Leandro, seorang lagi yang dikekalkan ialah Careca.

Ahmad Faizal yang juga Menteri Besar, berkata selain itu beberapa pemain tempatan juga sudah menyambung kontrak dan akan kekal beraksi dengan TBG, antaranya ialah ketua pasukan, Shahrul Saad dan J Parthiban.

“Saya pertamanya berasa syukur banyak pemain kita di kalangan pemain tempatan yang sudah tamat kontrak menandatangani kontrak semula,” katanya.

Dalam pada itu, beliau yakin pada masa hadapan Perak mampu beraksi dengan menggunakan pemain tempatan sepenuhnya berikutan memiliki banyak bakat muda dalam bola sepak tanpa perlu berg@ntung kepada pemain import untuk menguatkan pasukan.

“Saya percaya kita ada kumpulan pemain yang terbaik dan saya sangat yakin kita tidak perlu berg@ntung sepenuhnya kepada pemain import pada masa hadapan.

“Jadi, saya berpandangan, bajet yang mencukupi perlu kita sediakan untuk pembangunan pemain pada masa hadapan,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published.