“Kita tidak akan berkompromi lagi dalam hal ini ”

Setiausaha Agung AFC, Datuk Windsor Paul John mengesahkan pihaknya terbuka untuk mempertimbangkan sebarang ra yuan mengenai proses pelesenan kelab.

Ini selepas Kedah memohon untuk melanjutkan tempoh untuk melengkapkan dokumentasi kewangan pasukan, dan FAM akan merujuk perkara itu kepada AFC terlebih dahulu sebelum membuat keputusan.

Namun, Windsor berkata ra yuan mestilah mempunyai ala san yang munasabah.

“Kalau ada ra yuan kita akan tengok,” katanya kepada Sinar Harian.

“Ini untuk panjangkan sedikit lagi tempoh penghantaran dokumentasi pelesenan berkenaan dan kita juga akan tengok ra yuan dan juga apa-apa justif!kasi yang mu nasabah.

“Apa pun kita masih belum terima apa-apa lap0ran daripada FAM berhubung masalah ini.”

Bagaimanapun, Windsor tetap menegaskan AFC tidak akan memberi kel0nggaran lagi terhadap kelewatan melengkapkan proses pemi sahan dari Persatuan Bola Sepak (FA) ke Kelab Bola Sepak (FC) selepas 30 September depan.

“Kita tidak akan berk0mpromi lagi dalam hal ini. Rasanya sudah banyak kali kita berikan kel0nggaran, tetapi masih ada yang belum lengkapkan proses yang cukup penting ini.

“Sejak 2017, kita sudah berikan lanjutan tiga tahun kepada FAM untuk melengkapkan proses penswastaan ini, bagaimanapun masih ada pasukan atau kelab yang belum berbuat demikian.”