Kini KDA FC kembali lengkap – Aidil

Alor Seter: Kehadiran semula dua tonggak import Kpah Sherman dan Rabih Ataya kini dinantikan skuad naib juara Liga Super 2021 Kedah Darul Aman FC (KDA FC) bagi mengukuhkan keupayaan untuk menghadapi saingan TM Piala Malaysia yang akan bermula pada 25 September ini.

Dua pemain berkenaan yang menunjangi jentera s3rangan dan tengah itu kini sedang menjalani kuarantin selepas kembali semula ke Malaysia dan dijangka bersedia untuk bersama pasukan untuk memulakan cabaran kempen TM Piala Malaysia musim ini selepas diundi berada dalam kumpulan C.

Ketua Jurulatih KDA FC, Aidil Sharin Sahak berkata, kehadiran semula kedua-dua pemain berkenaan akan lebih melengkapkan pasukan dan akan membuka lebih banyak ruang untuk beliau melakukan beberapa perancangan bagi memastikan skuad Hijau Kuning memberi saingan yang disasarkan kali ini.

“Saya berharap dengan kehadiran semula mereka berdua bersama pasukan akan memperkukuhkan posisi tengah dan jentera s3rangan Kedah.

“Pengalaman yang mereka kutip semasa beraksi di peringkat tertinggi itu juga diyakini dapat meningkatkan lagi motivasi serta seluruh pasukan Kedah dalam saingan Piala Malaysia ini.” katanya.

Aidil Sharin terpaksa membuat percaturan serba kekurangan pada empat perlawanan terakhir Liga Super selepas ketiadaan dua pemain import berkenaan ditambah pula tanpa pemain pertahanan tengah Rodney Celvin yang terpaksa berehat selepas mengalami kec3dera@n bahu.

“Bagi saya itu semua adalah antara cabaran serta rintangan yang terpaksa kami tempuhi.

“Saya yakin dengan kehadiran semula dua pemain import ini akan memberi tenaga baharu dalam persediaan yang sedang dilakukan untuk mengharungi saingan Piala Malaysia kali ini.
-Harian Metro