Kim Swee pertahan tind4kan

MANILA: Jurulatih skuad bawah 22 tahun (B-22) negara, Datuk Ong Kim Swee mempert4hankan perc4turan taktikalnya menggunakan formasi 3-4-3 dan tidak menganggap ia sebagai punca keg4galan anak buahnya pada Sukan SEA 2019.

“Apabila kita layak ke peringkat suku akhir dan menewaskan Korea Selatan (Sukan Asia 2018), tidak ada pun orang bertanya memgenai formasi saya. 

“Namun, kenapa sekarang mempert!kaikan formasi sedangkan ramai pemain yang sama. Jadi saya rasa itu hanya satu isu yang sengaja nak ditimbulkan. 

“Jika kita melihat formasi, ia ada macam-macam formasi. Kita boleh bermain (formasi lain) tetapi kalau kita bermain tidak mengikut kehendak kita, dah tentu ia tetap tidak menyebelahi kita,” katanya ketika sidang media selepas pertemuan dengan Kemboja di Stadium Rizal Memorial hari ini.

Dalam aksi itu, anak buah Kim Swee tewas 1-3 sekali gus gagal melayakkan diri ke peringkat separuh akhir selepas sekadar mengutip empat mata.

Tiga perlawanan sebelum ini menyaksikan skuad negara seri 1-1 dengan Myanmar, tewas 0-1 di tangan Filipina sebelum mengatasi Timor Leste 4-0.

Ini adalah keg4galan kedua Kim Swee membawa pasukan mara ke separuh akhir pada Sukan SEA selepas turut meng4lami nasib sama ketika edisi 2015 di Singapura.

Bagaimanapun, rekod Kim Swee tetap membanggakan di temasya dwitahunan itu apabila dia membantu pasukan memenangi emas 2011 di Jakarta, Indonesia selain muncul naib juara dua tahun lalu di Kuala Lumpur.

Edisi 2013 di Myanmar menyaksikan pasukan negara mara sehingga separuh akhir.

Katanya, tempoh persiapan singkat turut mend0rong prestasi pasukan yang ga gal membentuk kombinasi terbaik sebelum ke Manila.

“Ada antara mereka beraksi kerap dan ada yang tidak, jadi kita hanya ada beberapa hari selepas kelayakan Piala Dunia untuk bawa mereka bermain bersama. Dengan situasi seperti itu sudah tentu kita perlukan lebih banyak masa.

“Cuba bagi tahu saya berapa lama Kemboja melakukan persiapan. Myanmar pula berapa dan begitu juga Filipina? Walaupun kita ada pemain yang bagus tetapi kita tetap kena gabungkan mereka dalam tempoh yang panjang.

“Kita tak boleh datang dua tiga hari dan kemudian terus nak bermain dan sudah tentu ia akan mendatangkan masalah,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published.