Khabar Gembira Untuk Malaysia

KHABAR gembira buat barisan pemain bola sepak negara sama ada profesional atau tidak apabila mereka kini boleh kembali menjalani latihan seperti biasa namun tidak dibenarkan bersentuhan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) dilaksanakan.

Kebenaran itu bagaimanapun perlu mematuhi penjarakkan sosial sekurang-kurangnya tiga hingga lima meter untuk aktiviti dinamik seperti bola sepak, hoki, bola jaring, ragbi, aerobik dan zumba.

Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican pada sidang media hari ini bagaimanapun memaklumkan bahawa sukan berkenaan hanya dibenarkan untuk tujuan latihan tanpa ada sentuhan badan antara seorang dengan seorang yang lain semasa latihan.

Kebenaran itu secara langsung memberi kebenaran kepada Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dan juga pasukan bola sepak negeri, kelab di bawah MFL dan akademi lain yang berdaftar untuk memulakan latihan bola sepak secara tidak bersentuhan.

Ia perlu mengikut SOP Am Individu dan SOP Am pengurusan yang ditetapkan. Ini adalah langkah permulaan seperti mana negara luar dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) memulakan fasa pertama latihan tanpa bersentuhan, katanya yang sudah empat kali bertemu dengan Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin.

Sementara Itu Hajat untuk melihat Kalonga sarung jersi negara hampir pasti menjadi kenyataan apabila hanya menunggu satu sahaja lagi dokumen. Surat pengesahan daripada Persatuan Bolasepak Republik Congo berkenaan status Marcel Kalonda adalah dokumen terakhir yang masih sangkut sebelum Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) boleh memanggil pulang calon pemain warisan skuad Malaysia itu.

Reezal turut tidak menolak untuk membenarkan pasukan bola sepak kebangsaan dan bawah 19 tahun menjalani latihan seperti biasa andai mereka mampu mengikut SOP atlet di bawah program Road To Tokyo (RTT) yang mengamalkan latihan berkuarantin.

Buat ketika ini tiada permohonan secara rasmi dikemukakan oleh FAM kepada saya membabitkan pasukan kebangsaan dan bawah 19 tahun berhubung latihan sepenuhnya tapi kalau ia dikemukakan saya akan bawa ke MKN (Majlis Keselamatan Negara) untuk dapat kelulusan.

Saya yakin jika mereka mengikut SOP dan kaedah yang digunakan oleh atlet RTT tiada rintangan untuk MKN memberi kebenaran menjalani latihan sepenuhnya, katanya.

Turut mengulas lanjut, Reezal berkata, buat ketika ini belum ada sebarang keputusan membabitkan atlet sepenuh masa kembali berlatih dan menginap seperti sebelum penularan Covid-19.

Sementara itu Reezal turut memaklumkan bahawa satu dana khas akan diumumkan dalam masa terdekat untuk membantu persatuan sukan yang terkesan akibat penularan Cov!d-19 ini.