Kesilapan Mudah Bawa Padah

Ketua jurulatih Sabah, Kurniawan Dwi Yulianto, mengakui kesilapan mudah yang dilakukan anak didiknya menjadi punca mereka tewas 0-2 kepada kelab Indonesia, Arema FC, dalam aksi pertama kejohanan jemputan Piala Gabenor Jawa Timur di Stadium Kanjuruhan, Malang malam tadi. 

“Kami dibolosi daripada kesilapan mudah dan sudah pasti akan memperbaiki lagi permainan kami.

“Bagaimanapun, secara keseluruhannya, saya melihat pemain ada menunjukkan kemajuan dan inilah yang kami mahu kerana apa yang penting dalam kejohanan ini adalah kami mempelajari daripada kesilapan. 

“Keputusan dalam perlawanan ini sebenarnya adalah perkara kedua kerana ketika ini, kami masih mencuba membentuk pasukan, namun saya akui ada kelemahan yang perlu diatasi segera,” katanya.

Kurniawan berkata bahagian ser@ngan pasukan itu juga perlu dipertaj@mkan kerana kegagalan mereka memanfaatkan peluang menjadi faktor kekalahan pasukan itu. 

“Kalau kami memanfaatkan peluang, terutama dalam babak pertama, mungkin keputusannya berbeza. 

“Arema memiliki tiga peluang dan menghasilkan dua gol manakala kami memiliki empat peluang tetapi gagal mendapatkan gol,” katanya. 

Sementara itu, ketika ditanya mengenai perlawanan menghadapi Persija Jakarta petang esok, Kurniawan berkata dia akan melakukan beberapa perubahan. 

“Ini termasuk perubahan terhadap barisan pemain kerana kami mahu memberikan peluang kepada pemain lain untuk beraksi. 

“Saya harap mereka yang diturunkan nanti akan beraksi sebaik mungkin dan cuba memberikan saingan kepada pemain lawan.

“Kami tidak mahu mengambil ris!ko untuk terus menurunkan pemain sama kerana mahu mengelak daripada sebarang masalah keced3raan,” katanya.