Kerana JDT Sturridge mungkin dibawa masuk

Kelab Thai League 1, Buriram United menawarkan gaji bulanan yang tinggi kepada bekas striker Liverpool, Daniel Sturridge bagi meyakinkan pemain itu untuk beraksi di Thailand.

Setelah membuang semua pemain import, Buriram dilihat mahu mendapatkan pemain berprofil tinggi dan Sturridge dianggap sebagai pemain yang sesuai untuk memimpin jentera s3rangan pasukan.

Menurut laporan, Buriram bersedia untuk membayar gaji sebesar 10 Juta Bath atau RM1.3 Juta sebulan kepada pemenang Liga Juara-Juara Eropah (UCL) 2018/2019 itu sekiranya beliau bersetuju untuk menyertai pasukan.

Striker yang pernah beraksi bersama Chelsea dan Manchester City itu kini berstatus ejen bebas setelah kontrak beliau bersama kelab Turki, Trabzonspor tamat pada bulan lalu.

sumber: vocketfc

Daniel Sturridge berjaya menjaringkan tujuh gol dalam 16 penampilan bersama Trabzonspor sebelum memutuskan untuk menamatkan kontrak beliau.

Sejak kehilangan Diogo Luis Santo yang menyertai Johor Darul Ta’zim (JDT) tahun lalu, Buriram bergelut untuk mendapatkan pemain yang mempunyai kualiti sama seperti Diogo bagi mengisi jentera s3rangan pasukan.