Kerajaan Umum Tarikh Pembayaran Akhir BSH 2020

MALAYSIA: Kerajaan Malaysia telah mengumumkan pembayaran fasa 3 bagi Bantuan Sara Hidup (BSH) akan dibuat sebelum akhir bulan Julai ini yang akan membabitkan penerima seramai 5 juta orang.

Ia meliputi 3.8 juta isi rumah dan 1.2 juta orang individu bujuang dengan jumlah kos sebanyak RM3 Billion diperuntukkan oleh kerajaan.

Menteri Kewangan Malaysia, Tenku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz memaklumkan bahawa penerima kategori isi rumah juga akan mendapat tambahan bantuan RM120 bagi setiap anak berusia bawah 18 tahun dengan maksima 4 orang anak.

Berikut adalah conton bantuan bagi mereka : Isi rumah berpendapatan kurang RM2000 dengan 4 orang anak akan menerima RM080 secara keseluruhan bagi Bantuan Sara Hidup ini. Katanya dalam satu laporan laksana ke-11 pelaksanaan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (Prihatin) dan Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA)

Bagi pemberian Bantuan Sara Hidup, isi rumah berpendapatan RM2000 akan menerima bayaran sebanyak RM600, seterusnya isi rumah dengan pendapatan antara RM2001-RM3000 akan menerima RM350.

Bagi isi rumah berpendapatan antara RM3001 – RM4000 akan mendapat bantuan sara hidup sebanyak RM250 manakala golongan bujang yang berada dalam kelompok berpendapatan kurang Rm2000 akan menerima RM400.

Tengku Zafrul turut mengumumkan bahawa pelsanaan pembayaran secara tunai. Selain itu Bantuan Prihatin Nasional fasa kedua serta fasa ke-3 BSH bagi kawasan pendalaman Sabah dan Sarawak yang tiada akaun bank akan dibayar bermula 1 hinggi 31 Julai 2020 dengan diselaraskan oleh Perbendaharaan Malaysia Sabah (PMSabah) dan PMSarawak.

Usahawa kerajaan tersebut akan memberi manfaat kewangan kepada lebih 53,325 penerima dengan jumlah duit diperuntukkan adalah sebanyak RM28.7 juta ringgit.

sumber: mysumber

Untun pengetahuan semua, sehingga 26 Jun yang lalu seramai 10.2 juta penerima Bantuan Prihatin Nasional telah menerima bantuan tersebut yang membawa pembayaran keseluruhan untuk BPN adalah sebanyak RM10.90 billion daripada RM10.88 billion minggu lalu yang mewakili 97.32% tahap pelaksaaan.

Manakala 19-26 jun sebanyak RM20 juta telah dibayar kepada 25,000 orang penerima bantuan prihatin nasional melalui bayaran tunai di cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) di seluruh negara.