Kenyu Sugimoto ‘Diser@ng’, Penyokong Kedah

Pelbagai sp3kulasi dic!pta sendiri oleh penyokong-penyokong Kedah mengenai id3ntiti pemain tengah yang bakal dibawa ke Darul Aman untuk melengkapkan kouta pemain import Asia.

Tidak dapat dipastikan dari mana dan bagaimana sp3kulasi yang Kenyu Sugimoto, peny3rang kelab J1 League, Urawa Red Diamonds bakal dibawa masuk oleh pengendalinya, Aidil Sharin Sahak.

Selepas Aidil Sharin mengesahkan kepada Semuanya BOLA yang pemain import terakhir sudah dimuktamadkan, sebilangan kecil penyokong sudah ‘membvru’ pemain yang mereka inginkan di laman-laman sosial termasuklah di Instagram, Kenyu Sugimoto.

Ada antaranya yang mengucapkan selamat datang ke Kedah, bertanyakan kebenaran bakal menyertai Kedah, malah ada juga penyokong lain yang memasukkan komen mengkritik Kedah. Selain itu, ada juga dikalangan mereka yang telah meminta Aidil Sharin mengesahkan pemain itu di Instagram pemain itu sendiri.

Wajar atau tidak tindakan tersebut? gelagat penyokong Kedah, namun mengakui semua pihak terutamanya para penyokong perlu mengawal ‘keterujaan’.

Keterujaan penyokong yang lama menanti sememangnya difahami, namun dengan ‘meny3rang’ laman sosial pemain-pemain yang belum tentu menyertai pasukan dilihat kurang menyenangkan di pihak pemain tersebut serta di pihak pengendali pasukan juga.

Sekiranya pemain itu bukanlah pemain yang dimaksudkan, apakah kesudahannya? Adakah penyokong akan malu? Sudah tentu tidak. Pemain yang sepatutnya datang, pemain yang ‘dis3rang’ dan juga pengendali pasukan akan merasa kurang selesa dengan situasi ini.

“Tunggu pengumuman rasmi daripada KFA.”

Pengumuman tersebut dijangkakan dalam masa terdekat kerana Helang Merah pasti mahu pemain yang dikatakan ‘jeneral padang’ itu mampu membentuk kesefahaman jitu bersama pemain-pemain lain sebelum pusingan kelayakan Liga Juara-Juara AFC (ACL).