“kenapa saya tak boleh?”

“Kalau pemain Thailand boleh buat, kenapa saya tak boleh?”. Itu kata-kata semangat menjadi pegangan peny3rang muda negara, Hadi Fayyadh selepas dia akan terus berkelana di Jepun apabila pasukannya, Fagiano Okayama menyambung kontraknya setahun lagi.

Dengan kejayaan beberapa pemain Thailand seperti Chanathip Songkrasin dan Theerathon Bunmathan mencipta nama di negara matahari terbit itu, peny3rang tinggi lampai itu menyatakan rasa optimis untuk mengikut jejak langkah pemain dari negara jiran itu.

“Tahun pertama saya bersama Fagiano adalah tahun untuk saya belajar apatah lagi saya turut berdepan keced3raan selama dua bulan. Saya akan terus meningkatkan usaha untuk tahun kedua ini.

“Pemain Thailand juga agak berg3lut pada tahun pertama mereka dan saya harap tahun kedua ini akan menjadi lebih baik untuk saya tetapi saya tahu saya perlu bekerja lebih keras untuk mer3but tempat.

“Mereka ini sememangnya menjadi contoh terbaik buat saya dan saya bercita cita untuk menjadi seperti mereka,” katanya pada sidang media di Akademi Mokhtar Dahari.

Hadir sama Pengarah Urusan Yakult Malaysia, Hiroshi Hamada yang menjadi tul4ng b3lakang bagi memastikan Hadi terus mendapat tempat di Jepun.

Terdahulu, pasukan yang beraksi dalam Divisyen Dua Liga Jepun (J2) itu sah mengikat Hadi untuk setahun lagi selepas peny3rang itu sudah bersama mereka sejak Disember tahun lalu.

Menerusi satu kenyataan, Fagiano Okayama menjelaskan keputusan itu dibuat selepas mereka melihat potensi dimiliki Hadi sebagai peny3rang dan komitmen ditunjukkan sepanjang bersama mereka sebelum ini.

“Kami percaya dengan memberikan peluang kepada Hadi, dia akan dapat meningkatkan kemahirannya sekali gus membantu pasukan ini untuk terus memberikan aksi terbaik di dalam kejohanan liga pada musim akan datang,” kata Fagiano Okayama.