Kemungkinan Dan Bersedia Sekiranya Dipanggil Untuk Menyertai Pasukan Negara

Pemain yang menjadi sebutan di laman media sosial kerana dipercayai mempunyai kacukan Malaysia, Marcel Kalonda menafikan beliau lahir di Malaysia seperti yang diperkatakan.

Marcel merupakan pemain pertahanan berusia 22 tahun dan ketika ini beraksi di Liga Zambia. Beliau mula menjadi perbualan setelah diletakkan sebagai pemain dari Malaysia dalam permainan Football Manager 2020.

Menurut Marcel, beliau dilahirkan di Kolwezi, ibu negara Congo dan bukan di Malaysia seperti yang diperkatakan sebelumnya.

Akan tetapi, Marcel mengesahkan datuk beliau berasal dari Sabah dan beliau pernah berkunjung ke sana ketika kecil.

[1 MEI 2020]KENYATAAN MEDIA OLEH MARCEL KALONDABeliau telah menafikan dakwaan lahir di Kinarut, Sabah kerana ia…

Posted by Football Agent – Malaysia on Friday, 1 May 2020

Mengulas lanjut, Marcel Kalonda menyatakan beliau tidak menolak sebarang kemungkinan dan bersedia sekiranya dipanggil untuk menyertai pasukan negara satu hari nanti.