kemenangan terbesar dalam sejarah

Kemboja melonjak ke tangga teratas Kumpulan A temasya Sukan SEA 2019 setelah mencatat kemenangan terbesar dalam sejarah penyertaan mereka di temasya dwitahunan itu apabila membelasah Timor Leste 5-0 dalam aksi yang berlangsung di Stadium Memorial Rizal di Manila pada Rabu.

Lazimnya dianggap sebagai pasukan belasahan dan pelengkap jadual pertandingan, ini adalah kali pertama Kemboja meraih empat mata dalam dua perlawanan pertama. Terdahulu mereka seri 1-1 menentang tuan rumah Filipina pada aksi pembukaan Isnin lalu.

Dalam aksi menentang Timor Leste, Sin Kakada membuka tirai jaringan pada minit kelapan dan baki empat jaringan hadir pada 20 minit terakhir menerusi dua gol jaringan Reung Bunheing (m-70,90), Sieng Chanthea (m-78) dan bekas import PKNP FC Keo Sokpheng pada minit ke-83.

Sebagai rekod, Kemboja tidak pernah melepasi halangan peringkat kumpulan di Sukan SEA justeru dengan prestasi ditunjukkan serta keputusan yang dilakar setakat ini pastinya disambut dengan penuh keterujaan dan kegha!rahan oleh penyokong mereka yang mengharapkan satu sejarah baru dapat dicipta dalam edisi kali ini.

Begitupun ia bukan tugas mudah untuk Kemboja lolos sebagai dua pasukan terbaik Kumpulan A, kerana baki perlawanan selepas ini adalah men3ntang Myanmar pada 2 Disember disusuli Malaysia pada 4 Disember.

Sementara itu, tuan rumah Filipina pula meng@lami kekalahan 1-2 di tangan Myanmar sekaligus meny3ntap peluang untuk mara ke separuh akhir. Aung Kaung Mann dan Win Naing Tun menjaringkan gol buat skuad Velizar Popov manakala gol saguhati Filipina dijaringkan oleh Mikel Justin Cagurangan Baas.

Leave a Reply

Your email address will not be published.