kembali perkuatkan JDT

Dalam sesi latihan yang berlangsung , kelihatan Aaron Niguez kembali memperkuatkan kelab tersebut setelah dilepaskan pada awal musim ini.

Pada Februari lalu, pengurus JDT, Luciano Figueroa menjelaskan Aaron terpaksa dilepaskan meskipun baru sahaja menyertai pasukan kerana !su perubahan taktikal.

Perkara ini nyata mengejutkan rata-rata peminat JDT ketika itu kerana Aaron menampilkan aksi yang baik dan beliau berjaya menjaringkan gol pada perlawnan Piala Sumbangsih menentang pasukan Perak.

Dalam satu video yang di muat naik di laman media sosial rasmi pasukan, Johor Southern Tigers, kelihatan juga bekas pemain Kedah, Liridon Krasniqi serta abang kepada Kiko Insa, Natxo Insa turut menjalani latihan bersama pemain lain.

Masih belum jelas sama ada Aaron Niguez bakal beraksi bersama pasukan utama ataupun JDT II. Yang pasti, kelibat beliau, Liridon Krasniqi serta Natxo bakal memantapkan lagi bahagian tengah pasukan itu.