Kemana Sumareh Menghilang

Pemain sayap, Mohamadou Sumareh, tidak lagi bersama skuad Pahang sekaligus menyaksikan situasi serba tidak sempurna buat skuad kendalian Dollah Salleh untuk meneruskan kutipan tiga mata penuh menjelang pertemuan aksi Liga Super berdepan Johor Darul Tazim.

Perkara itu telah disahkan oleh pengendali pasukan, Dollah Salleh, mengenai tonggak utama Tok Gaj@h, Sumareh yang kini dikaitkan dengan penghijrahan ke pasukan Selatan tanahair, JDT.

“Mengenai Sumareh, sebenarnya dia tidak lagi bersama pasukan sejak sebulan yang lalu, dia tidak muncul dalam sesi latihan,” kata Dollah.

“Apa sebab di sebalik perkara yang berlaku, kami akan mendapatkan penjelaskan daripada pihak pengurusan.”

Kali terakhir Sumareh beraksi bersama Pahang adalah pada Februari lalu ketika tewas 2-1 kepada Selangor.