Kem negara makin tenat apabila seorang lagi pemain tidak dapat di turunkan

Kem negara makin tenat apabila pengendali pasukan, Tan Cheng Hoe mengesahkan pemain sayap lincah, Akhyar Rashid didapati p0sitif C0v!d-19.

Jelas Cheng Hoe, tindakannya tidak menyenaraikan Akhyar ketika skuad Harimau Malaya turun berdepan Laos adalah disebabkan tonggak Johor Darul Ta’zim (JDT) itu pos!tif C0v!d-19 selepas ujian calitan dilakukan pagi tadi.

Pada aksi kedua Kumpulan B Piala AFF di Stadium Bishan, di sini petang tadi, skuad negara merakam kemenangan besar 4-0 ke atas Laos.

“Sudah tentu Akhyar beraksi baik ketika menentang Kemboja, tapi hasil ujian C0v!d-19 pagi ini, dia p0sitif (C0v!d-19) dan tak dapat beraksi bersama kami dan dia perlu direhatkan sebelum menyertai pasukan semula,” kata Cheng Hoe.

Sebelum ini, tiga pemain negara terpaksa diketepikan untuk meninggalkan pasukan dengan hanya 21 pemain daripada 24 yang dibawa ke kempen kali ini.

Ia selepas pasukan kehilangan Khairulazhan Khalid dan Faizal Halim yang didapati p0sitif C0v!d-19 selain Junior Eldstal yang mengalami k3ced3raan di bahagian perut.

sumber : arena metro

Dengan perkembangan terbaharu ini, Cheng Hoe kini hanya tinggal 20 pemain untuk menghadapi Vietnam dalam aksi ketiga kumpulan di Stadium Nasional Singapura, Ahad ini.