Kelantan United (KUFC) menunggu kelulusan

KOTA BHARU: Kelantan United (KUFC) menunggu kelulusan sijil perlesanan kelab dari Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) bagi melayakkan pasukan itu beraksi pada saingan Liga Perdana musim depan.

Setiausaha Eksekutif KUFC, Wan Mohd Zul Ikman berkata semua dokumen yang boleh melayakan pasukan itu mendapat sijil perlesanan telah di hantar kepada FAM bagi penilaian selanjutnya.

“Kami menunggu keputusan dari badan induk itu paling awal pada Januari depan bagi membolehkan kami mengumumkan senarai penuh pemain yang membarisi pasukan musim depan.

“Pada dasarnya selepas pertemuaan dengan wakil FAM minggu lalu, kami tiada masalah berikutan tidak men4nggung beban hut4ng yang menjadi antara syarat yang ditetapkan oleh FAM bagi kelulusan perlesanan kelab,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.

KUFC menjadi pend4tang baharu Liga Premier selepas muncul juara pada saingan Liga M3 musim ini.

Wan Mohd Zul berkata ketika ini pasukan itu dalam proses melakukan persiapan terhadap barisan pemain bagi memperkuatkan pasukan menghadapi saingan liga yang lebih mencabar musim depan.

“Pasukan ketika ini dalam sesi percubaan beberapa pemain import dan pemain tempatan bagi mencari pemain yang mempunyai kualiti yang bersesuaian dengan keperluan dan kemampuan pasukan.

“Hampir 60 peratus pemain musim ini dikekalkan termasuk seorang import dari Gambia, Gassama Alfussainey yang bermain di posisi peny3rang, katanya.

Wan Mohd Zul berkata pihaknya turut mengekalkan ketua jurulatih musim ini iaitu Zahasmi Ismail untuk membimbing pasukan bagi menghadapi saingan liga musim depan.

“Begitu juga kita akan kekalkan warna rasmi pasukan iaitu merah hijau dan dalam masa terdekat kami akan mengumumkan gelaran yang akan diguna pakai oleh pasukan,” katanya. — BERNAMA