Kelantan FC rancang sesuatu untuk perangkap Kuching FC

KELANTAN FC memperkuat jentera ser@ngan ketika menentang Kuching FC pada aksi Liga Premier di Stadium Pasir Gudang, Johor Bahru, esok, dalam usaha membvru mata kemenangan sekali gus menempatkan pasukan dalam kelompok lima teratas liga.

Penolong jurulatih Kelantan FC Rezal Zambery Yahya berkata, beliau akan menggunakan sepenuhnya khidmat pemain p3ny3rang seperti Natanael Siringo, Nurshamil Abd Ghani dan beberapa lagi pemain sebagai senjata rahsia bagi merobek gawang lawan.

“Kami tidak boleh terlalu bertahan pada perlawanan itu nanti, dalam tempoh latihan sejak seminggu lalu tumpuan turut diberikan kepada aspek ser@ngan untuk menghadapi perlawanan petang esok,” katanya ketika dihubungi, di sini pada Jumaat.

Selepas 16 perlawanan, Kelantan FC berada pada kedudukan ketujuh Liga Premier dengan mengumpul 21 mata hasil daripada enam kemenangan, tiga seri dan tujuh kekalahan.

Rezal Zambery turut mengingatkan pemain di posisi pertahanan supaya tidak melakukan kesilapan mudah semasa bertahan pada perlawanan itu nanti.

“Mereka perlu memperkemas taktikal bertahan kerana ia penting memberikan motivasi kepada pemain p3ny3rang, jika gawang mudah dibolosi ia akan menurunkan semangat p3ny3rang untuk menjaringkan gol.

“Kita mahu tiga mata penuh esok, pemain perlu meningkatkan prestasi seterusnya membawa pulang mata ke Kota Bharu bagi mengubah kedudukan pasukan dalam liga,” katanya.

Beliau berkata, pemainnya juga perlu lebih berwaspada dengan pasukan lawan yang sudah tentu mempunyai taktikal khusus bagi mendapatkan mata esok.

“Walaupun Kuching City FC berada pada tangga ke sepuluh liga, kita tidak boleh terlalu yakin mampu menewaskan pasukan itu, apa yang penting pemain perlu fokus dan menggunakan sepenuhnya taktikal yang diterapkan dalam sesi latihan,” katanya. – Bernama