Kelab Switzerland Berminat Safawi Rasid ?

Pemain negara mula mendapat p3rhatian daripada kelab di rantau Eropah apabila sebuah kelab yang ber4ksi dalam saingan Liga Super Switzerland, FC Zurich dikh4barkan berminat untuk mengambil kh!dmat , Safawi Rasid.

Perkara ini menjadi perbualan setelah pemilik Johor Darul Ta’zim, Tunku Ismail Sultan Ibrahim baru-baru ini mend3dahkan dalam satu sesi No Hold Barred bahawa ada beberapa kelab daripada Switzerland dan juga Jepun yang berminat untuk meminjam pemain daripada juara Liga Super 2019 itu.

“Kita juga ada beberapa pemain yang menarik minat kelab daripada Switzerland, FC Zurich dimana mereka mahu meminjam pemain JDT. Kelab daripada saingan Liga Jepun turut berminat untuk meminjam pemain kita. Selain itu, ada juga kelab yang mahu meminjam Akhyar Rashid.

smbr: vocketfc.com

“Namun kita belum membuat sebarang keputusan setakat ini. Kita perlu berbincang dengan pemain tersebut adakah mereka sudah bersedia untuk beraksi di luar atau sebaliknya,” kata TMJ.

HRH Tunku Mahkota Ismail's NO HOLDS BARRED session. Watch NOW!

Posted by JOHOR Southern Tigers on Friday, December 6, 2019