Kelab KV Kortrijk Telah Mengesahkan Perkara Tersebut

Luqman Hakim Shamsudin dijangka berhijrah ke kelab Belgium, KV Kortrijk pada awal bulan Ogos.

Harian Metro melaporkan bahawa wakil kelab KV Kortrijk telah mengesahkan perkara tersebut dan sedang menunggu kelulusan untuk satu dokumen dari kerajaan.

Selepas dokumen itu diluluskan, Luqman akan membuat permohonan visa sebelum diterbangkan ke Eropah.

Pemain berusia 18 tahun itu tidak akan berdepan masalah untuk ke luar negara memandangkan kerajaan sudah memberi kebenaran tersebut namun perlu mendapat kelulusan daripada Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Jabatan Imigresen.

Namun, Luqman tidak akan terlibat dengan kem latihan pusat dengan skuad B-19 negara sebagai persiapan Kejohanan AFC B-19.