Kejutan Landa Skuad Negara

PERKHABARAN perint@h berkvrung di Uzbekistan jelas memberi kejvtan pelbagai pihak terutama membabitkan persiapan skuad ‘ubi muda’ negara Bawah-19 (B-19) untuk membawa misi besar mencipta kemenangan gemilang dalam menghadapi Pusingan Akhir Kejuaraan B-19 AFC 2020 pada Oktober depan.

Pengurus pasukan Datuk Kamarul Ariffin Mohd Shahar berkata, walaupun belum mendapat perkhabaran daripada Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) namun Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) tetap akan memantau situasi berkenaan bagi tindakan lanjut.

Beliau berkata, setakat ini latihan dan perancangan membabitkan skuad Brad Maloney berjalan seperti biasa dan tiada penangguhan berkaitan perkara berkenaan.

Kita sedia maklum dengan situasi yang berlaku di Uzbekistan namun perlawnan Pusingan Akhir Kejuaraan B-19 AFC 2020 akan berlangsung tiga bulan lagi dan segalanya diharapkan pul!h seperti biasa.

“Pada masa sama, kita juga bersedia dengan segala kemungkinan yang akan berlaku dan mengikuti setiap arahan dan garis panduan yang ditetapkan nanti,” katanya, ketika dihubungi Arena Metro.

Sebelum itu, peningkatan kes mendadak di Uzbekistan menyebabkan pemerintah di negara terbabit melaksanakan sekali lagi perintah berkvrung bagi membendvng penul@ran pand3mik C0V!D-19.

Situasi berkenaan jelas sekali menimbulkan kebimbangan kepada pasukan yang bakal beraksi Pusingan Akhir Kejuaraan B-19 AFC 2020 jika p@ndem!k berkenaan tidak ditangani menjelang sepak mula nanti.

Sementara itu, Kamarul berkenaan keselam@tan pemain dan pegawai pasukan menjadi keutamaan mereka namun setakat ini tiada perkhabaran akan menarik diri menyertai kejohanan berkenaan.

“Kita akan memantau situasi berkenaan dan seperti saya katakan terlalu awal untuk mengambil tind@kan susulan dan berharap Uzbekistan dapat mengawal penul@ran p@ndem!k itu dengan segera,” katanya.