kehilangan dua tonggak

Pertahanan kental Perak dan skuad kebangsaan, Shahrul Saad menyatakan yang kehilangan dua tonggak utama pasukan musim lalu, Brendan Gan dan Nor Hakim Hassan, sememangnya dirasai oleh keseluruhan pasukan menjelang saingan musim baharu.

Kedua-dua pemain tersebut mengambil keputusan berhijrah ke Lembah Klang untuk menyertai Selangor bagi musim 2020.

Bagaikan ahli keluarga, Shahrul Saad dipetik berkata kepada The Star yang pengendali pasukan, Mehmed Durakovic menerapkan yang semua pemain adalah bagaikan ahli keluarga sendiri.

“Mereka lebih daripada rakan sepasukan. Kami berkongsi segala pengalaman bersama. Sebagaimana yang diterapkan oleh Coach Mehmed [Durakovic], kami semua adalah ahli keluarga.

“Sangat su kar untuk melihat mereka men!nggalkan pasukan, tetapi saya percaya, yang h!lang akan berganti. Saya mendoakan yang terbaik buat mereka,” ujar pertahanan berusia 26 tahun itu lagi.

Setakat ini, belum ada pengumuman rasmi pemain baharu sebagai pengganti untuk posisi yang ditinggalkan mereka selain Guilherme de Paula yang merupakan peny3rang. Dijangkakan, bekas kapten PKNP FC, Hafiz Ramdan akan mengambil tempat Nor Hakim dan Kenny Pallraj, mungkin bakal bergandingan bersama Leandro.

Untuk gandingannya di benteng pertahanan, Shahrul Saad berkata beliau tiada masalah untuk bergandingan dengan mana-mana pemain yang dibawa masuk menggantikan Hussein El Dor.

Musim lalu, Shahrul Saad bergandingan dengan dua pertahanan berbeza iaitu Zac Anderson pada awal musim dan kemudian bersama Hussein El Dor selepas jendela perpindahan kedua.

Setakat ini, khabar angin menyatakan yang pertahanan kelahiran Korea Selatan, Jeon Hyo-seok mungkin bakal dibawa masuk oleh Mehmed Durakovic untuk menjadi pasangan Shahrul Saad.

“Perubahan sentiasa berlaku [dalam pasukan]. Sebagai pemain profesional, anda perlu bermain bersama sesiapa sahaja.

sumber: semuanyabola

“Bahkan dalam skuad kebangsaan, saya perlu bergandingan sama ada bersama Adam [Nor Azlin] atau Aidil [Zafuan],” ujarnya yang telah bersama Perak selama empat musim, sejak 2016.

Bercakap mengenai sasaran, kapten Perak ini mahu The Bos Gaurus mempamerkan peningkatan dengan menamatkan musim di posisi yang lebih baik serta layak ke final Piala Malaysia atau Piala FA.

Musim lalu, Perak menamatkan musim di kedudukan kelima Liga Super dan tewas kepada Kedah di pentas akhir Piala FA.