kehilangan beberapa tonggak

Menjelang Liga Super 2020 bermula Februari, semua pasukan mula memperkuat pasukan mereka bagi memastikan mereka mampu memberi cabaran kepada pasukan lain.

Satu demi satu pasukan mula memperkenal pemain baru buat pasukan, sama ada pemain tempatan atau pemain import, termasuk Felda United.

The Fighters yang telah keh!langan beberapa t0nggak utama seperti ketua pasukan, Hadin Azman dan penjaga gol utama, Norazlan Razali telah mengumumkan dua pemain import baru yang akan memperkuat pasukan di Liga Super 2020 nanti.

Pemain pertama yang diumumkan menyertai mereka adalah pemain pert4hanan dari Serbia, Nikola Raspopovic untuk membantu memp3rkuat b3nteng pert4hanan mereka. Felda akan menjadi pasukan pertama Raspopovic di Asia dengan kelab Serbia Dukla Prague menjadi kelab terakhirnya sebelum berhijrah ke Felda United.

Seorang lagi pemain import baru Felda United adalah pemain Jepun, Ryutaro Megumi yang akan mengisi slot pemain import Asia mereka. Apa yang menarik, Ryutaro merupakan rakan sepasukan seorang lagi pemain import The Fighters, Khairul Amri di Tampines Rovers. Kehadiran pemain ser4ngan dari Chiba, Jepun ini pastinya akan diharap dapat membantu Khairul Amri untuk mer0bek pertahanan pasukan lawan sepertimana mereka lakukan di Tampines Rovers.

Ryutaro dan Raspopovic adalah antara tiga pemain import baru Felda United musim 2020 nanti. Seorang lagi pemain adalah bekas pemain import Negeri Sembilan, Nicolas Velez yang sudah diumumkan pada hari Selasa lalu oleh Felda United.