Ketika ramai penyokong skuad bola sepak negara teruja dengan kehadiran Wan Kuzri dalam sesi latihan pertamanya bersama skuad Malaysia B19 semalam, kehadiran Timbalan Menteri Belia & Sukan, Wan Ahmad Fayhsal telah mengundang beberapa reaksi serta persepsi dari pelbagai pihak.
Dalam kemaskini laman sosial beliau semalam, kehadirannya digambarkan sebagai untuk memberikan dorongan kepada adiknya, Wan Kuzri serta pemain lain untuk bersaing secara sihat untuk merebut tempat dalam skuad Brad Maloney itu.
Adik saya hanya salah seorang daripada pemain yang berada dalam latihan. Jadi saya rasa kita perlu beri dorongan kepada semua pemain dan mereka perlu bersaing secara sihat untuk mendapatkan tempat – https://t.co/GKKBmXfP5x
— Wan Ahmad Fayhsal (@wanfayhsal) July 16, 2020
Tidak dinafikan niat Wan Fayhsal itu adalah baik, namun ia juga telah mencetuskan persepsi kurang baik bukan sahaja untuk golongan marhaen malahan kepada beberapa pihak lain diperingkat lebih tinggi.
Singgah sebentar di FAM menjenguk skuad bawah-19 yang akan bawa kita ke Piala Dunia. Sempat ziarah adik saya Wan Kuzri yang baru hari pertama turun berlatih selepas kuarantin 14 hari.
— Wan Ahmad Fayhsal (@wanfayhsal) July 16, 2020
Wan Kuzri pemalu orangnya 😊 pic.twitter.com/jXSpoWFP5R
Menurut YouthFootball Malaysia, 3 pandangan mereka mengenai lawatan Wan Fayhsal ini adalah seperti berikut;
- Lawatan sebegini mungkin akan memberikan satu persepsi bias dalam proses pemilihan pemain kerana kedudukan jawatan beliau mampu untuk mempengaruhi keputusan FAM di Kementerian Belia & Sukan (KBS). Wujud situasi ‘conflict of interest‘.
- Sebarang gangguan ketika latihan pusat walaupun tidak lama untuk bertegur sapa, bersalaman dan bercakap-cakap adalah a BIG NO.
- FAM juga perlu mengawal publisiti yang diberikan untuk sebarang latihan pusat. Di eropah misalnya, latihan sebegini amat tertutup kerana mungkin ada pihak lawan yang sedang memerhatikan pemain dalam skuad.
Maaf YB. Ini pandangan kami
— YouthFootballMalaysia (@YouthFootballMy) July 17, 2020
1. Walaupun niat YB baik tapi dlm hal ini mungkin lawatan ketika proses selection ini boleh memberi persepsi yg kurang baik kerana jawatan YB mampu ‘mempengaruhi’ beberapa keputusan berkaitan FAM di KBS. So ada mengundang sedikit conflict of interest https://t.co/rN1IyNaiCB
Perkara ini juga telah mendapat reaksi balas dari Wan Kamal sendiri yang mengatakan mahu Wan Kuzri lebih memberikan fokus kepada cabaran yang menanti berbanding perkara-perkara yang boleh menjejaskan tujuan asal pemain itu.
2. Sebarang gangguan ketika latihan pusat walaupun sekejap utk bersalaman atau bercakap2 is a big NO.
— YouthFootballMalaysia (@YouthFootballMy) July 17, 2020
3. Kami juga berpendapat FAM perlu lebih mengawal publisiti yg diberikan utk sebarang latihan pusat. Di Eropah misalnya, latihan begini amat tertutup. Our rivals r watching