Kedudukan Pasukan Malaysia Dalam FIFA Ranking

Kedudukan pasukan Malaysia dalam FIFA ranking yang akan diumumkan secara rasmi petang nanti, dijangka tidak akan mengalami sebarang perubahan yang kekal pada kedudukan ke 154 dunia.

Tiada sebarang pergerakan atau mungkin ada beberapa negara yang berubah kedudukannya, namun semua adalah diramalkan sangat minima impaknya kerana ketiadaan perlawanan antarabangsa bagi skuad kebangsaan sejak beberapa bulan lalu.

Kali terkahir skuad Tan Cheng Hoe turun beraksi adalah ketika menang 2-0 keatas Indonesia di Stadium Nasional Bukit Jalil dalam pusingan kelayakan Piala Dunia 2022, yang berlangsung pada 19 November 2019.

Skuad Malaysia kini mengumpul sejumlah 1,040 mata, dan perlawanan persahabatan menentang Bahrain, serta 2 perlawanan kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 adalah peluang yang cukup besar bagi meraih mata penting untuk meneruskan pendakian ke ranking yang lebih tinggi.

Bagaimanapun, apa yang lebih utama pada ketika ini adalah pertemuan dengan UAE serta Vietnam bulan hadapan dimana ia akan menentukan status pasukan negara samada mampu layak ke pusingan ke-3 kelayakan Piala Dunia serta layak automatik ke Piala Asia 2023 atau pun tidak.

Semasa, Malaysia berada 2 mata dibelakang Vietnam dalam kedudukan kumpulan G dan turut diekori rapat oleh Thailand dan UAE untuk mencari tempat, manakal pasukan Indonesia pula sudah tersingkir dari perebutan.