Kedah Satu-Satunya Pasukan Yang Berjaya Menjulang Piala Sultan Haji Ahmad Shah Di Gelanggang Lawan

DEBARAN PERLAWANAN SUMBANGSIH: BERAKSI DI GELANGGANG LAWAN BUKAN CABARAN BARU.

Beraksi dalam Perlawanan Sumbangsih yang dianjurkan bersama perlawanan pertama Liga Super telah menjadi kebiasaan dalam Liga Malaysia. Selain dari kekangan masa dan jadual liga yang padat, cadangan untuk menganjurkan secara berasingan di venue berkecuali bukanlah baru.

Mengikut sejarah penganjuran Perlawanan Sumbangsih sejak 1985, Stadium Merdeka Kuala Lumpur dan Stadium Nasional Bukit Jalil pernah menjadi venue berkecuali bagi perlawanan pembukaan Liga Malaysia. Pada awal penganjuran Juara Piala FA akan bertemu Piala Malaysia, namun kaedah penentuan pasukan yang akan merebut Piala Sumbangsih adalah antara Juara Liga Super dan Juara Piala FA.

Pasukan Kedah mempunyai rekod seimbang apabila 4 kali beraksi di halaman sendiri dengan peratus kejayaan 50% berbanding 3 penampilan di gelanggang lawan dengan mencatat peratus kejayaan 33%, penampilan pada musim 2020 ini pasti satu cabaran hebat memandangkan reputasi lawan yang gah sebagai juara Liga Super sebanyak 6 kali.

sumber: FA KEDAH

Motivasi besar buat pasukan adalah pasukan Kedah satu-satunya pasukan yang berjaya menjulang Piala Sultan Haji Ahmad Shah menewaskan JDT FC (Larkin) pada musim 2017 di gelanggang lawan selepas 2 kali tewas pada musim 1997 (Shah Alam) dan musim 2018 (Larkin).

Segalanya mungkin kali ini, never say never.