Kedah sah mengikat dua peny3rang import

ALOR SETAR: Juara Piala FA, Kedah sah mengikat dua peny3rang import, Kpah Sherman dan Kipre Tchetche bagi mempert@jamkan jent3ra serangan skuad Lang Merah menghadapi saingan Liga Malaysia musim 2020.

Pengumuman itu dibuat oleh Naib Presiden Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) Anas Hafiz Mustaffa pada majlis sidang media pasukan Liga Super Kedah 2020 yang diadakan di Stadium Darul Aman, hari ini. 

“Pemilihan dua pemain ini pada musim depan adalah penting kerana kita mahu bersaing di peringkat tertinggi Asia iaitu AFC, jadi kita memerlukan gandingan peny3rang yang terbaik di mana Kpah adalah penjaring terbanyak Liga Super 2019 bersama PKNS FC manakala Kipre pula penjaring terbanyak Liga Super 2018 bersama Terengganu FC.

“Jadi jika kita gabungkan kedua-dua pemain terbaik ini dalam pasukan Kedah, mungkin kejayaan lebih besar boleh kita cipta pada musim 2020 nanti.

“Ciri-ciri pemain atau peny3rang seperti inilah yang dicari oleh jurulatih, Aidil Sharin dan ia bertepatan dengan taktikal yang mahu dibawanya dan kita mengharapkan resepi ini menjadi untuk tahun depan.”

Pada majlis sama, KFA turut mengumumkan senarai pemain baharu tempatan yang akan bersama Kedah untuk musim depan iaitu Muhammad Hadin Azman dari Felda United, Muhamnad Jafri Chew dari PKNS FC, Muhammad Irfan Zakaria dari Kuala Lumpur, Zulkhairi Zulkepli dari UiTM FC, Tam Sheang Tsung dari kelab Jepun Sagan Tosu II dan penjaga gol Mohd Shahril Sa’ari dari PDRM FA. 

KFA turut memaklumkan pemain yang dikekalkan pada musim depan ialah Baddrol Bakhtiar, David Rowley, Zaquan Adha Abdul Razak, Khairul Helmi Johari, Mohd Alif Yusof, Rizal Ghazali Amirul Hisyam Awang Kecik, Ifwat Akmal Chek Kassim, Azmeer Yusof, Azammuddin Akil, Farhan Roslan, pemain import Renan Alves dan Shakir Hamzah. 

Manakala pemain yang masih memiliki kontrak pada musim 2020 dengan KFA ialah  N Thanabalan, Mohd Fadzrul Danel Mohd Nizam, Mohammad Fayadh Zulkifli, Asri Muhamad, Hidhir Idris dan Norfiqrie Abdul Talib. 

Leave a Reply

Your email address will not be published.