Kedah Masih Menunggu

Dengan perlawanan Piala Sultan Haji Ahmad Shah bakal berlangsung pada 28 Februari nanti, Kedah nampaknya masih menantikan jawapan daripada pihak Johor Darul Ta’azim (JDT), berhubung kuota tiket bagi penyokong mereka yang akan hadir pada perlawanan tersebut.

Piala Sumbangsih yang akan berlangsung di stadium baru milik JDT, Stadium Sultan Ibrahim, nampaknya membuatkan ramai penyokong Kedah berminat untuk hadir untuk menzahirkan sokongan kepada pasukan mereka.

Setiausaha Kehormat Persatuan Bolasepak Kedah (KFA), Asmirul Anuar Aris, dalam satu kenyataan yang disiarkan di laman media sosialnya menyatakan bahawa Kedah masih menunggu jawapan daripada pihak JDT berkenaan permohonan mereka untuk mendapatkan 1000 keping tiket bagi perlawanan tersebut.

“Pelbagai perkhabaran angin mula bertiup kencang. Kononnya peminat hanya di bekalkan 500 keping tiket sahaja. Stadium baru sebesar itu hanya boleh di kunjungi oleh 500 orang penyokong Kedah tentulah terlalu jauh kesannya terhadap sokongan pasukan yang bertandang.

“Saya tolak tanggapan negatif itu sejauh-jauhnya meyakinkan diri, bahawa wujudnya ‘High Sports Spirit(semangat pasukan yang tinggi)’ di antara kedua-dua pasukan. Tentulah tidak ada masalah di pihak JDT.

sumber: foxsports

“Saya lontarkan catatan ini untuk menutup kebimbangan penyokong kami agar segera menyakinkan tentu ada ruang yang lebih besar pada penyokong Kedah berkunjung ke Johor.

𝗣𝗢𝗛𝗢𝗡 𝗗𝗔𝗡 𝗣𝗜𝗡𝗧𝗔 𝗣𝗘𝗡𝗬𝗢𝗞𝗢𝗡𝗚 𝗛𝗜𝗝𝗔𝗨 𝗞𝗨𝗡𝗜𝗡𝗚Bahang perlawanan Sumbangsih, Piala Sultan Ahmad Shah semakin terasa. Di pihak…

Posted by Asmirul Anuar Aris on Wednesday, February 19, 2020

“Semoga persiapan para penyokong Kedah akan tetap mantap memberikan sokongan Skuad Hijau Kuning di Stadium tercantik JDT.”