Kedah masih menunggu berita baik

Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) telah menghantar kertas cadangan kepada syarikat penerbangan gergasi, Qatar Airways untuk dijadikan rakan penaja untuk musim depan.

Setiausaha Kehormat KFA, Mohd Asmirul Anuar Aris berkata walaupun masih belum mendapat maklum balas daripada pihak Qatar Airways, KFA berharap syarikat penerbangan itu berminat untuk menjadi rakan penaja walaupun tidak menjadi penaja utama kepada pasukan Kedah.

“Memang KFA ada intai Qatar Airways untuk jadi penaja pasukan Kedah, tetapi kita kena faham tahap standard tajaan mereka macam mana. Walaupun tidak tahu macam mana, kita cuba nasib dan kertas cadangan pun sudah dihantar kepada mereka dan sekarang terpulang kepada mereka.

sumber: football-tribe.com

“Kalau mereka bagi (tajaaan) baguslah kerana musim depan kita perlukan tajaan besar kerana terlibat dalam saingan ACL. Penyokong jangan dengar khabar angin yang tersebar kerana sehingga kini memang masih belum ada jawapan rasmi lagi,” katanya kepada Bernama.

Mohd Asmirul berkata selain Qatar Airways, KFA juga ada meminta tajaan daripada beberapa syarikat berkaitan kerajaan (GLC) untuk turut menjadi penaja bersama kepada pasukan Kedah.