Kedah julang Piala Smart RSN di Kemboja

ALOR SETAR: Kedah melangkapkan siri Jelajah Pramusim 2020 di Kemboja dengan menjulang Piala Smart RSN selepas menewaskan kelab Phnom Penh Crown 2-1 di Stadium Smart RSN, Phnom Penh semalam.

Gol Kedah dihasilkan pada babak kedua oleh penyerang sensasi, Kipre Tchetche pada minit ke-67 dan pemain sayap Hadin Azman pada minit ke-76 sementara gol Phnom Pehn FC hadir menerusi Lim Posith lima minit sebelum perlawanan tamat.

Kedah sebelum itu mengutip mata kemenangan selepas menewaskan kelab Angkor Tiger FC 1-0 hasil gol pemain sayap lincah Zaquan Adha.  

Sementara itu, pada perlawanan pembukaan kejohanan yang berlangsung pada 10 Januari lalu, Phnom Penh FC menundukkan Angkor Tiger 2-1. 

Saingan tiga penjuru membabitkan Kedah, Phnom Penh FC dan Angkor Tiger FC pada Piala Smart RSN berlangsung dari 10 hingga 14 Januari menggunakan format ‘head-to-head’ dengan pemenang bakal ditentukan menerusi jumlah mata tertinggi.

Pada tiga perlawanan persahabatan yang bermula 7 Januari lalu, Kedah menewaskan Visakha FC 1-0, tewas kepada Nagaworld FC  2-3 diikuti kemenangan 4-1 ke atas Boeung Ket FC.

Ketua Jurulatih Kedah, Aidil Sharin Sahak berkata kemenangan pada Piala Smart RSN menjadi motivasi buat semua pemain skuadnya yang bakal memulakan aksi kelayakan saingan Liga Juara-Juara Asia (ACL) minggu depan.

“Kemenangan ini satu motivasi untuk kami bawa pulang sebelum memulakan saingan penting peringkat kelayakan ACL bertemu kelab dari Hong Kong, Tai Po FC.