Kedah ada potensi layak

Ada potensi untuk ke peringkat kumpulan Liga Juara-Juara Asia.

Itulah yang dikatakan oleh pemain tengah Kedah, David Rowley, mengenai peluang pasukannya untuk melepasi peringkat kelayakan Liga Juara-Juara Asia, bermula dengan aksi menentang kelab Hong Kong, Tai Po FC pada 21 Januari nanti di Stadium Darul Aman.

Kedah berjaya mara ke pusingan kelayakan Liga Juara-Juara Asia hasil kejayaan mereka menjulang Piala FA pada musim lalu. Namun begitu, mereka perlu mengatasi Tai Po FC dan kemudiannya FC Seoul pada 28 Januari untuk mengikut jejak langkah Johor Darul Ta’azim (JDT) ke peringkat kumpulan.

“Bagi saya Kedah memiliki potensi yang untuk melangkah ke ACL dengan baik jika dilihat dengan persiapan serta perancangan yang sedang gigih dijalankan.

“Perlawanan pertama di tempat sendiri menentang kelabHong Kong iaitu Tai Po FC pada 21 Januari nanti menjadi medan untuk membuktikan kewibawaan pasukan didepan penyokong.

“Jika berjaya, Kedah akan menentang kelab dari Korea yang dilihat agak mencabar. Namun kita tahu dalam bola sepak apa sahaja boleh berlaku,” kata Rowley seperti dilaporkan Berita Harian.

Jika berjaya melepasi pusingan kelayakan, Kedah akan berada dalam Kumpulan E bersama Beijing FC, Chiangrai United dan salah satu daripada Tampines Rovers, Bali United, Melbourne Victory atau kelab Jepun yang akan bersaing merebut satu lagi slot.

Skuad Lang Merah telah memperkuat pasukan dengan membawa masuk beberapa pemain seperti Hadin Azman, Irfan Zakaria, Amin Nazari, Kipre Tchetche dan Kpah Sherman untuk membantu mereka pada musim hadapan.