‘kecut’ jumpa Harimau Malaya

SKUAD kebangsaan Emiriah Arab Bersatu (UAE) dilihat cukup terdesak menjelang pertemuan menentang Malaysia dalam aksi pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 di Stadium Al Maktoum, Dubai, 26 Mac ini.

UAE yang kini menduduki tangga keempat daripada lima pasukan dalam Kumpulan G dengan enam mata terpaksa ‘mengimport’ tiga peny3rang baharu dari Amerika Latin bagi menguatkan jentera ser@ngan pasukan itu.

Kredibiliti trio naturalisasi baharu negara teluk itu sememangnya cukup gah terutama Sebastian Lucas Taglibue yang kini muncul antara peny3rang terbaik Liga Pro UAE apabila tonggak dari Argentina itu sudah merekodkan 146 gol sepanjang tujuh musim bersama kelab Al-Wahda.

Malah, ketajaman dua lagi ayam tambatan dari Brazil iaitu Caio Canedo Correa yang beraksi buat Al-Ain FC dan Fabio Virginio de Lima bersama Al-Wasl FC bakal memberi igauan ngeri buat skuad Harimau Malaya apabila bertandang ke Dubai nanti.

Pengendali negara, Tan Cheng Hoe yang dihubungi Arena Metro mengakui sudah merasai bahang aksi itu meskipun ia hanya akan berlangsung 58 hari lagi.

Menurut jurulatih yang berasal dari Kedah itu, beliau serta barisan kejurulatihan sudah melakukan ‘kerja rumah’ awal dengan menganalisis dan memantau aksi ketiga-tiga pemain naturalisasi itu ketika ini.

“Kita tahu sekarang ini UAE berada dalam keadaan terdesak untuk mendapatkan kemenangan sebab itu mereka ambil tiga pemain naturalisasi. Memang kita dah tengok dalam liga itu (Liga Pro UAE) ketiga-tiganya ada kekuatan mereka di bahagian ser@ngan. Jadi memang (kehadiran) mereka ini memang memberi banyak kelebihan dan kekuatan dan juga keyakinan kepada pasukan UAE,” katanya.

“Apapun, kita tetap ada persiapan terbaik dan akan gunakan sebaiknya tempoh masa yang ada sebelum berdepan UAE,” katanya yang akan menempuh aksi persahabatan menentang Bahrain pada 21 Mac di Stadium Khalifa Sports City, di Bahrain.