Kecuali tiga pemain

Kecuali tiga pemain, Brendan Gan, Mohamad Nasir Basharuddin dan Norhakim Hassan, majoriti pemain skuad  2019 akan kekal bersama Perak The Bos Gaurus bagi musim 2020.

Ia berdasarkan tinjauan yang dibuat semasa latihan pertama pasukan itu di Stadium Perak, hari ini.

Ketiadaan trio itu menamatkan teka-teki mengenai perpindahan mereka ke pasukan lain untuk musim depan. 

Peminat juga resah menantikan perkhabaran mengenai kapten Seladang, Mohd Shahrul Saad, selain Hafizul Hakim Khairul Nizam Jothy, Shahrel Fikri dan Nazirul Naim Che Hashim, yang dikaitkan dengan pem3rgian ke pasukan lain. 

Begitupun, kehadiran mereka dalam latihan yang dikendalikan oleh Mehmet Durakovic serta dibantu Shahril Nizam Khalil mengh4puskan segala kes4ngsian. 

Sebaliknya, pemain lincah dan bekas kapten PKNP FC, Hafiz Ramadan, akan mengisi kekosongan yang ditinggalkan itu. 

Kelibat dua pemain import , Leandro Dos Santos dan Raianderson Da Costa Morais atau Careca, sudah pasti mengurangkan ker3sahan peminat setia pasukan Yob itu.