Ke mana h!lang ‘the silent k!ller’?

Melihat kepada persiapan, perlu diakui, Terengganu FC adalah antara pasukan yang wajar diberikan perhatian serius pada Liga Malaysia 2020. Setakat ini mereka antara pasukan yang telah bertindak cukup cemerlang di pasaran perpindahan, melepaskan 12 pemain dan kemudiannya mendapatkan pemain-pemain baru berkualiti di setiap posisi, lantas boleh dikatakan mempunyai sebuah skuad yang cukup baik untuk memberikan tentangan sengit pada musim baru.

Pemain-pemain yang dikekalkan mahupun wajah-wajah baru hampir semuanya sudahpun melapor diri di kem dan turun menjalani latihan termasuklah tonggak import, Lee Tuck yang telah berkesempatan bercuti di kota London.

Tinggal beberapa pemain sahaja yang masih belum melapor diri, antaranya Sanjar Shaakmedov tetapi pemain itu juga dijangka kembali menyertai rakan sepasukan dalam beberapa hari lagi.

Begitupun dalam tempoh hampir seminggu latihan pra-musim bermula, belum lagi kelihatan kelibat penyerang veteran berusia 34 tahun Ashaari Samsudin. Kalau diikutkan, nama pemain itu tiada dalam senarai dilepaskan atau digvgurkan lantas menimbulkan persoalan ke mana hilangnya pemain digelar ‘the s!lent k!ller’ itu.

Adakah dia masih bercuti, atau sedang merawat keced3raan, atau mungkinkah telah membuat keputusan untuk mengg4ntung but, tiada sebarang pemakluman rasmi dari kem TFC, setakat ini.

“Melihat kepada skuad 2020, susah untuk Ashaari merebut tempat, tetapi dia boleh menjadi sandaran yang baik sebagai back-up ataupun pemain gantian. Mungkin ada yang beranggapan dia sudah tidak relevan berdasarkan faktor usia, tetapi Saha ada kelebihan tersendiri. Sedikit r3sah melihat dia tiada baik di TFC mahupun TFC II, harapnya dia masih berada dalam perancangan,” demikian antara reaksi penyokong.

Sebagai rekod, Ashaari merupakan salah seorang nama popular dalam kalangan penyokong Terengganu, dia telah mewakili pasukan itu sejak tahun 2005 ketika usianya 21 tahun, memenangi kasut emas penjaring terbanyak pada 2010 dengan 18 gol dan membawa Terengganu menjulang Piala FA pada 2011.

Hanya pada 2017 dia membuat keputusan untuk menyertai Pahang sebelum kembali ke pangkuan sang penyu semusim kemudian.

Bersama pasukan kebangsaan, dia menjulang Piala AFF Suzuki 2010 dan merupakan salah seorang penjaring gol ketika Malaysia men3waskan Indonesia 3-0 di Stadium Nasional Bukit Jalil.