Kami mahu cabar JDT

Kami mahu cabar JDT.

Itulah laungan ketua jurulatih Selangor, B. Sathianathan berkenaan peluang anak buahnya untuk cuba memperbaiki pencapaian musim lalu dan cuba merangkul kejuaraan Liga Super 2020 mengatasi juara bertahan, Johor Darul Ta’azim (JDT).

Ramai penganalisis dan penyokong bolasepak Malaysia meramalkan JDT mempunyai peluang cerah untuk terus mendominasi Liga Super pada musim hadapan, tetapi bagi Sathianathan, dia tahu bahawa ada beberapa pasukan lain termasuk Selangor sendiri mampu memberi cabaran.

“Memang betul mereka (JDT) pasukan kuat, tapi dalam bola sepak kita tidak boleh cakap yang JDT akan merangkul kejuaraan liga sebab kita belum cabar dia, kita kena cabar, kita pun ada satu pasukan yang baik.

“Apa saja boleh berlaku dalam bola sepak, mungkin benda atau fakta lain boleh mempengaruhi pasukan berada di atas. Pasukan lain seperti kami, Melaka dan Perak ada harapan juga, kalau tak baik jangan main.

“Kita kena yakin yang kita boleh buat. Saya juga yakin penyokong Selangor akan membantu pasukan dan setiap perlawanan pemain akan bagi yang terbaik,” kata Sathia seperti dilaporkan Berita Harian. 

sumber: foxsports

Selangor di bawah kendalian B. Sathianathan musim lalu menamatkan saingan Liga Super di tempat ketiga. Bagi musim 2020, Selangor telah memperkuat dengan barisan pemain mantap seperti Brendan Gan, Rodney Celvin, Nicholas Swirad, Nor Hakim Hassan dan Safuwan Baharudin.