Jurulatih Pertama Disingkirkan Daripada Saingan (Liga-M) Musim Ini ?

ADAKAH K Devan akan muncul jurulatih pertama disingkirkan daripada saingan Liga Malaysia (Liga-M) musim ini?

Itu persoalan yang timbul selepas dikhabarkan pasukan Petaling Jaya City (PJ City) yang akan beraksi di Liga Super ketika ini berdepan masalah dalaman membabitkan pemain dan jurulatih skuad itu.

Menurut sumber, hampir 90 peratus pemain kelab yang berpangkalan di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) itu tidak berpuas hati dengan taktikal Devan sepanjang persiapan pramusim.

“Masalah antara pemain dan jurulatih ini dah sampai kemuncak dan tinggal nak ‘mel3tup’ saja lagi. Pemain tak berpuas hati dengan jurulatih atas sebab taktikal serta sikap tak adilnya kepada pemain utama yang baru ditandatangani untuk musim ini.

“Masalah ini dah sampai ke pengetahuan pengurusan tertinggi pasukan dan jurulatih diberi peluang buktikan yang dia mampu bimbing pasukan dengan lima aksi awal Liga Super sebagai pemerhatian.

“Pihak pengurusan bimbang sebab semua pemain lahirkan rasa kurang senang dan risau pasukan tak pamerkan aksi terbaik hanya kerana jurulatih,” kata sumber.

sumber: HM

Sementara itu, pengurus pasukan, K Rajendran menafikan dakwaan itu dengan menegaskan suasana pasukan cukup baik menjelang sepak mula menentang Felda United di Stadium Tun Abdul Razak, Jengka, Pahang pada Ahad depan.